DEFINISI TEMA HARI GURU 2020
Tema ini menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

HURAIAN TEMA HARI GURU 2020
Guru merupakan insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu memperlengkap dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning).

Dalam konteks berguru, ilmu hendaklah diperoleh daripada seseorang yang mempunyai kepakaran atau kemahiran yang autentik serta berasaskan sumber yang betul, sahih dan berwibawa.

PERHATIAN KEPADA IBUBAPA DAN GURU :

Berikutan dgn perutusan YAB PM mengenai COVID-19, kami ingin memaklumkan bahawa cuti di Pusat Tuisyen Intan Gemilang akan dilanjutkan kpd 9hb Jun 2020. Kelas tuisyen akan kembali beroperasi pada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Harapan kami semoga keluarga tuan puan sihat dan dijauhi dari wabak Covid-19. Sekian untuk makluman.

Tahniah kepada semua murid yang rajin siapkan tugasan dalam Google Site Intan Gemilang.

Terima kasih kepada semua ibabapa yang sentiasa memberi semangat kepada murid-murid.

#StayHome #StaySafe #StaySmart